Thursday, April 19, 2012

Sayu...

Hai & Salam...


14 April 2012

Dah jadi perkara biasa kalau dah mengandung memang tiap-tiap bulan ada check kan! So masa first Lisa pergi confirmkan dengan doktor hari tu, dia suruh datang semula pada 15 April 2012 sebelah pagi. Dan doktor pesan lagi sebelah malam jangan makan lebih dari pukul 10 dan banyakkan minum air. So Lisa terlanggar pantang sebab teringin sangat nak makan roti nan dan ayam tandori. Malam tu plak malam minggu so lepak dengan suami sampai pukul 2 pagi.



Pada malam tu kami keluar bertiga dengan kawan suami dan ada berlaku kejadian drama minggu ini plak dimana girlfriend kawan suami kantoi keluar dengan kawan-kawannya sedangkan dia bagitau tak sihat. So Lisa terpaksa lah tunggu drama tu habis dulu kerana kawan suami Lisa tadi tumpang kereta kami, takkan nak tinggal dia kat mamak tu pulak lah...kejamnya kami...ooooo tak! kami x kejam, so otw balik dia bagitahu dia lapar kerana tadi dia x sempat makan pun sebab dia berlakun dalam drama minggu ini tu. heheheheehhe....lawak jer ni... sebab tadi dia tengah marah dan x lalu nak makan daaaa...



15 April 2012

Oh ya sambung citer Lisa plak dah....esok nya dia pergi klinik gam-gam pukul 10am, sampai klinik hari ahad x ada orang so lisa terus ambik urine... kuning skit sebab kurang minum air masak... so kekawan jangan tiru Lisa tau...



Masuk bilik doktor, timbang hmmm 47kg jer, ambik tekanan darah.

Perbualan dengan doktor:


Doktor : ni kali berapa datang klinik?

Lisa : 2

Doktor : bila first day last period

Lisa: 24 Jan

Doktor: ooooo maknanya due lebih kurang 1 Nov 2012

Lisa: hmmmm k...
Doktor: dah buat scan ke sebelum ni...

Lisa: lom
Doktor: k, kita scan lah hari ya...

Lisa: ok doktor
Doktor: baring ya...



Doktor pun scan ler....tetapi ada sesuatu yang menyedihkan dan sayu hati aku dengar...


Doktor: suami puan ada ke?

Lisa: ada kat luar
Doktor: nurse tolong panggil suami Puan Lisa ya.



Masa ni aku dah tak dapat concentrated dah apa yang doktor cakap, aku dah mula sedih dan sayu dengan apa yang lihat pada monitor tu. Doktor suruh aku datang 2 minggu lagi untuk buat scan sekali lagi untuk tengok lagi macam mana...



Akhir kata.... aku sangat sedih.... dah berharap ada hikmah pada setiap perkara yang berlaku.


- amin -



Permata hatiku,

Lisa

Setelah tahu...

Hai & Salam...


Post ni adalah bundle post kronologi setelah Lisa disahkan mengandung. Sebenarkan last period Lisa bulan Jan lagi tetapi disebabkan dengan kesibukkan jadual kerja shift jadi Lisa tidak ambil hal sangat tentang kelewatan period pada bulan Feb dan pada 10 March 2012 baru Lisa notis yang period Lisa dah lewat hampir 2 minggu lebih. Tapi Lisa masih was-was lagi kerana masih keluar tanda-tanda period iaitu tanpa coklat pada panties liner.



10 March 2012

Lisa tanya adik Lisa yanag dah ada 2 orang anak... so dia kata "ko dah lambat sangat period ni, cuba ko buat UPT, aku rasa ko pregnant lah" hmmmm aku aku x ada tanda-tanda pregnant pun sebab aku x ada simpton orang pregnant pun seperti mabuk, loya, demam atau pun pening.

12 March 2012

Lisa pun buat jugak lah UPT test, memang keluar 2 lines tapi x clear sangat line yang kedua tu. Lisa bagitau suami tentang result nya +ve, dia dah senyum berbunga-bunga dah. Tapi Lisa masih ragu-ragu lagi. Esoknya lepas jer balik kerja terus singgah kat Watson siap beli 2 package pregancy tested tu lagi. Sampai jer rumah terus buat test dan result yang masih samar gak untuk line yang kedua tu. Tetap x puas hati jugak.



13 March 2012

Orang kata urine yang mujarad adalah first urine pada setiap pagi... so bangun pagi esoknya tu terus buat dan result nya memang ya (+ve).

17 March 2012

Niat dihati memang tak nak share dengan family dulu lagi sebelum betul-betul sah oleh doktor tetapi semasa pergi kenduri kahwin saudara, kakak ipar perasan perut Lisa sedikit buncit so dia tegur " Sa ko ni mengandung tak, makan pun x banyak tapi kenapa ko perut buncit?'' Aku terkesima dengan kenyataan "perutku buncit" so aku pun bagitau mereka yang aku pregnant tetapi belum pergi check dengan doktor lagi.

26 March 2012

Dan pada date tersebut telah disahkan oleh doktor dimana pada hari tersebut Lisa sah 2 bulan pregnant. Yang bestnya keluar jer dari klinik terus teringin nak makan carrot cheescake, suami pun terus tanya kat mana ada jual? Lisa pun dengan gumbira jawap " Yang! kat Secret Resepi Jusco ada tau" heheheheh dai kata "Jom lah" Lisa pun senyum sampai ke telinga :) Kalau tak bukan main susah lagi...



Bermula tarikh tersebut Lisa sah lah mengandung dan bermula rutin sebagai orang pregnant yang tidak mengalami sebarang kemabukkan, keloyaan cuma sedikit rasa kurang selesa semasa tidur seperti panas badan, sakit dibahagian pinggang dan belakang dan yang paling serius ialah masalah sembelit.


Adakah kekawan jugak menhadapi masalah yang sama dengan Lisa?


Permata Hatiku,

Lisa

Untuk Pertama kalinya...

Hai semua...



Title untuk post ni adalah "Untuk Pertama kalinya" kerana ini post yang pertama Lisa tulis untuk blog ni...hmmm memang lah kan....Oh ya lupa nak kenalkan diri... I'm Lisa from Ampang. Pengalaman pertama pregnant setelah genap setahun mendirikan rumahtangga.(ayat skema coz dah lama tak mengarang)


Tujuan Lisa menulis blog ini adalah untuk berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman kita atau berkongsi pandangan atau pendapat didalam dunia keibuan ini kerana Lisa percaya setiap orang ada pengalaman atau pendapat yang berbeza-beza yang mereka alami semasa pregnant, semasa melahirkan baby mahupun cara penjagaan baby atau cara mendidik anak-anak.


Lisa sangat menghargainya jikalau kawan-kawan diluar sana dapat berkongsi pangalaman tersebut kerana bagi Lisa sebuah pengalaman atau perjalanan hidup akan lebih manis dan bermakna jika ianya dikongsi bersama-sama diibaratkan ilmu yang diajarkan oleh seorang guru.


Hopefully kita dapat manfaat bersama didalam dunia penulisan blog ini.

Sekian.
Lisa


"Diapermatahati"