Thursday, April 19, 2012

Setelah tahu...

Hai & Salam...


Post ni adalah bundle post kronologi setelah Lisa disahkan mengandung. Sebenarkan last period Lisa bulan Jan lagi tetapi disebabkan dengan kesibukkan jadual kerja shift jadi Lisa tidak ambil hal sangat tentang kelewatan period pada bulan Feb dan pada 10 March 2012 baru Lisa notis yang period Lisa dah lewat hampir 2 minggu lebih. Tapi Lisa masih was-was lagi kerana masih keluar tanda-tanda period iaitu tanpa coklat pada panties liner.



10 March 2012

Lisa tanya adik Lisa yanag dah ada 2 orang anak... so dia kata "ko dah lambat sangat period ni, cuba ko buat UPT, aku rasa ko pregnant lah" hmmmm aku aku x ada tanda-tanda pregnant pun sebab aku x ada simpton orang pregnant pun seperti mabuk, loya, demam atau pun pening.

12 March 2012

Lisa pun buat jugak lah UPT test, memang keluar 2 lines tapi x clear sangat line yang kedua tu. Lisa bagitau suami tentang result nya +ve, dia dah senyum berbunga-bunga dah. Tapi Lisa masih ragu-ragu lagi. Esoknya lepas jer balik kerja terus singgah kat Watson siap beli 2 package pregancy tested tu lagi. Sampai jer rumah terus buat test dan result yang masih samar gak untuk line yang kedua tu. Tetap x puas hati jugak.



13 March 2012

Orang kata urine yang mujarad adalah first urine pada setiap pagi... so bangun pagi esoknya tu terus buat dan result nya memang ya (+ve).

17 March 2012

Niat dihati memang tak nak share dengan family dulu lagi sebelum betul-betul sah oleh doktor tetapi semasa pergi kenduri kahwin saudara, kakak ipar perasan perut Lisa sedikit buncit so dia tegur " Sa ko ni mengandung tak, makan pun x banyak tapi kenapa ko perut buncit?'' Aku terkesima dengan kenyataan "perutku buncit" so aku pun bagitau mereka yang aku pregnant tetapi belum pergi check dengan doktor lagi.

26 March 2012

Dan pada date tersebut telah disahkan oleh doktor dimana pada hari tersebut Lisa sah 2 bulan pregnant. Yang bestnya keluar jer dari klinik terus teringin nak makan carrot cheescake, suami pun terus tanya kat mana ada jual? Lisa pun dengan gumbira jawap " Yang! kat Secret Resepi Jusco ada tau" heheheheh dai kata "Jom lah" Lisa pun senyum sampai ke telinga :) Kalau tak bukan main susah lagi...



Bermula tarikh tersebut Lisa sah lah mengandung dan bermula rutin sebagai orang pregnant yang tidak mengalami sebarang kemabukkan, keloyaan cuma sedikit rasa kurang selesa semasa tidur seperti panas badan, sakit dibahagian pinggang dan belakang dan yang paling serius ialah masalah sembelit.


Adakah kekawan jugak menhadapi masalah yang sama dengan Lisa?


Permata Hatiku,

Lisa

No comments:

Post a Comment