Thursday, April 19, 2012

Sayu...

Hai & Salam...


14 April 2012

Dah jadi perkara biasa kalau dah mengandung memang tiap-tiap bulan ada check kan! So masa first Lisa pergi confirmkan dengan doktor hari tu, dia suruh datang semula pada 15 April 2012 sebelah pagi. Dan doktor pesan lagi sebelah malam jangan makan lebih dari pukul 10 dan banyakkan minum air. So Lisa terlanggar pantang sebab teringin sangat nak makan roti nan dan ayam tandori. Malam tu plak malam minggu so lepak dengan suami sampai pukul 2 pagi.



Pada malam tu kami keluar bertiga dengan kawan suami dan ada berlaku kejadian drama minggu ini plak dimana girlfriend kawan suami kantoi keluar dengan kawan-kawannya sedangkan dia bagitau tak sihat. So Lisa terpaksa lah tunggu drama tu habis dulu kerana kawan suami Lisa tadi tumpang kereta kami, takkan nak tinggal dia kat mamak tu pulak lah...kejamnya kami...ooooo tak! kami x kejam, so otw balik dia bagitahu dia lapar kerana tadi dia x sempat makan pun sebab dia berlakun dalam drama minggu ini tu. heheheheehhe....lawak jer ni... sebab tadi dia tengah marah dan x lalu nak makan daaaa...



15 April 2012

Oh ya sambung citer Lisa plak dah....esok nya dia pergi klinik gam-gam pukul 10am, sampai klinik hari ahad x ada orang so lisa terus ambik urine... kuning skit sebab kurang minum air masak... so kekawan jangan tiru Lisa tau...



Masuk bilik doktor, timbang hmmm 47kg jer, ambik tekanan darah.

Perbualan dengan doktor:


Doktor : ni kali berapa datang klinik?

Lisa : 2

Doktor : bila first day last period

Lisa: 24 Jan

Doktor: ooooo maknanya due lebih kurang 1 Nov 2012

Lisa: hmmmm k...
Doktor: dah buat scan ke sebelum ni...

Lisa: lom
Doktor: k, kita scan lah hari ya...

Lisa: ok doktor
Doktor: baring ya...



Doktor pun scan ler....tetapi ada sesuatu yang menyedihkan dan sayu hati aku dengar...


Doktor: suami puan ada ke?

Lisa: ada kat luar
Doktor: nurse tolong panggil suami Puan Lisa ya.



Masa ni aku dah tak dapat concentrated dah apa yang doktor cakap, aku dah mula sedih dan sayu dengan apa yang lihat pada monitor tu. Doktor suruh aku datang 2 minggu lagi untuk buat scan sekali lagi untuk tengok lagi macam mana...



Akhir kata.... aku sangat sedih.... dah berharap ada hikmah pada setiap perkara yang berlaku.


- amin -



Permata hatiku,

Lisa

No comments:

Post a Comment